bismillah
subhanallah.. memang teruk bila pregnant di awal ramadahan ni. before ramadhan pun, ina asyik lapar dan mulut asyik mengunyah je. apa boleh buat, kene kuatkan semangat. tapi, mama ina dah pesan, kalau xmampu kene juga berbuka. takut kesian kat baby dalam perut.
banyak juga research yang ina buat untuk tambahkan ilmu pengetahuan dalam ilmu mengandung ni. yela, ina kan ibu baru.. first time in my life kot!!!!.. subhanallah, memang banyak sangat yang ajaib bila kita mengandung. paling ketara perubahan dalam hidup, pemakanan dan persekitaran. jap lagi ina story apa perubahan2 yang dah ina buat.
berbalik kepada berpuasa di awal ramdan. sebelum puasa ina dah banyak tanya orang2 sekeliling macam mana nak berpuasa bagi ibu yang baru hamil ni. kebanyakkan yang berpengalaman bagi tahu, kalau ikutkan 3 bulan awal, baby perlukan banyak nutrisi. jadi nutrisi tu dari pemakanan kita la "ibu". so, kalau larat nak puasa boleh je..... tapi kene sahur dan makan yang berat2 sikit.
macam mana ina sahur??
ina mesti makan nasi. kalau ina xmakan pagi esok mesti angin satu badan dan badan jadi lemah. banyakkan minum air masak selepas berbuka. untuk 3 hari ramadan ni, ina baru sekali je terawih. sebab pening dan loya ina masih kuat. alhamdulillah... ina isi waktu lapang selepas isyak dengan bacaan ayat suci al-quran yang patut diamalkna oleh ibu2 yang mengandung. ina juga dah mula minum susu ANMUM untuk tambahkan tenaga dan folid untuk baby. (walaupun masih belum tahu berapa minggu dah kandungan).
|
ina ambil perisa coklat. sebelum ni ok2 je minum susu, tapi bila nak telan susu anmum ni, nauzubillah.. allah je yang tahu... |
untuk hilangkan loya, ina just minum peel fresh oren untuk hilangkan mual. fuuhhhh kalau dah muntah, xpayah cakap la habis satu badan rasa lemah. tambahan pula, ina kan stay kat rumah sewa. so, nak bergantung kat sapa. sendiri rasa, sendiri tanggungjawab. sedih tu tetap ada, tapi bila fikirkan tanggungjawab dan kampung ina agak jauh dari ofis, ina kene positivekan diri. kene fikir suami yang cari rezeki, diri sendiri yang mencari rezeki juga... tapi alhamdulillah sebab ina dapat housemate yang sekepala. so, kalau muka xmalu ina minta juga tolong diorang.. hehehe
tanda awal ina mengandung ???
*makan xberhenti. dulu makan nasi sekali sehari je. tapi, dah jadi 3 kali sehari..
*payudara sakit (maaf sensitive pulak) dan kehitaman yang besar. kene research sendiri la ye
*rasa cepat sedih dan sensitive tetiba.padahal dah tahu orang tu bergurau
*back pain bila drive kerete even tempat tu dekat je dengan rumah.
*always every night kaki jadi cramp dan sampai sekarang cramp tu ada. bagun pagi rasa la aduhai!!!!!!!
*kerap nak buang air kecil
*lastly muntah dan pening
perubahan drastik dalam hidup??
tu la perubahan pada diri ina. yes nampak pelik. tapi ni mungkin sebahagian.
sebab org2 tua cakap dah masuk second month lagi banyak perubahan.. huhuhuhuhu..
jangan la yang pelik2 sangat. xlarat ina nak layan...:)
kepada ibu yang sedang hamil, ataw baru tahu dia hamil, jom kita sama2 amalkan surah2 amalan. untuk keberkatan diri kita dan baby yang kita kandungkan.i'allah....ina juga amalkan surah yang sama. sebab ina research kat mr google juga.. hahahhaa
doa pula, ina baru merangkak2 nak menghafal... hehhe. molek doa ini dijadikan amalan sebelum tidur dan selepas solat..
semoga anak yang dikandung akan menjadi anak yang terbaik untuk umi dan baba.. jadilah anak yang soleh dan solehah untuk masa depan. menjadi kahlifah terulung untuk bangsa, agama dan negara. ya'allah, berikanlah kesihatan terhadap kandungan ku ini. amin~
anak sapa la ni.. nauzubillah sejuk mata memandang kan... hehehe.
maaf tuan tanah. amek pic awak... xthu sapa punya ni.
noted: hubby balik minggu ni, and nk gi buat checkup perut.. agak2 berapa minggu dah ek??hurmmm!!!!!!!.. xpe syg, yg penting kamu sihat kat dalam sana... (Skema gitu ayat ku)hahahah
~wasalam~
tahniah. jaga elok2 kandungan tu.
BalasPadamtq kak.... i'allah.. sebaik mungkin ina kan jaga.. :)
Padamselamat berpuasa kak :)
Wah tahniah rezeki baby awal..jaga diri ya :)
BalasPadamwaaaa tq miss hidy... ina pun xsangka secepat nie... hehehehe. i'allah miss. ina akna jaga sebaik mungkin..
Padamselamat berpuasa miss hidy ^^,
ina da preggy, alhamdulillah rezeki awal...seronoknyaaa !!! fadh masih ternanti2 ni..harap ade la rezeki ramadhan yang mulia ni..doakan fadh yer..;)
BalasPadamamin..amin..amin.. semoga rezeki cik fadh pun ada.. allah maha merancang, dan sebaik perancangannya kita xthu kan.. cik fadh dan suami banyakkan berdoa ye... i'allah rezeki cik fadh pasti dtg...
Padamselamat berpuasa cik fadh ^^,
tahniah keyna..rezeki awal..
BalasPadamkita pun harap terkena tempias keyna jugaklah..=)
take care ok..
alhamdulillah kak yna.. tu la ina pun terkejut... xsangka pun ada... hehehe.
BalasPadamamin..amin...amin... semoga ada juga rezeki kak yna ye.... hehehe i'allah i'll
selamt berpuasa kak yna ^^,
Tahniah Ina , kita doakan semuanya baik baik aje. :)
BalasPadamTahniah!
BalasPadamcongrats ina! jaga diri n baby k! :)
BalasPadamTahniah ina ^^ doakan fiza pun dimurahkan rezeki mcm ina ya. Heheheee
BalasPadamTahniah ina ^^ doakan fiza pun dimurahkan rezeki mcm ina ya. Heheheee
BalasPadam