19/08/14

Throwback WIth Love

Bismillah


Cerita pasal sakit pinggang kan, rasa nak nangis pun ada. Yela, hubby dok jauh nak mintak tolong mama malu. Minggu lepas hubby sempat la balik tengok ina dan baby. Walaupun hanya satu hari setengah je dapat tengok hubby, alhamdulillah dengan izin allah juga. 

Hubby ina ni kan,kalau jumpa face to face selalu je suruh ina berhenti kerja and stay with him. Bukan ina xnk, tapi selagi peluang ada, apa salahnya ina grab kan. Tak lama dah pun nak habis kontrak ni. I'allah kalau xada aral ina pun rancang nak stay dengan hubby dan goyang kaki je.. (lepas tu nak bli dress tantek2 nak cekau mana)hahahaha.

Minggu lepas, ina manja2 habis dengan hubby. Sampai sapu minyak angin kat kaki pun suruh dia. Padahal sebelum ni ok je buat sendiri. Time nak tidur, suruh dia urut2 dulu kat belakang sebab ina kan selalu sakit belakang. kalau hubby xder, adik yang bongsu la jadi mangsa.. hahahaha. 

Adik ina banyak la tolong ina kalau ina mintak tolong tarikkan tangan, golekkan badan if ina nak tidur mengiring (susah juga bila dah gemuk ni), buat kan susu dan boleh dikatakan dia la sepenuhnya yang jaga ina. Segan la nak mintak dengan mama kan kalau kita nak pape. Macam manja sangat.. hahahaha.

Kandungan ina dah masuk 14 minggu. Itu kalau ikut date last period ina la. Kalau ikut date sebenar mak bidan pegang hari tu, baru nak masuk 12 minggu je. Tak kisah la berapa minggu pun kan, yang penting ina nak dengar baby sihat je time jumpa doktor. 

I'allah checkup seterusnya pada (01.09.14 dan 07.09.14). Kenapa ina dapat dua tarikh. Sebenarnya,ina kan kerja tempat lain, so, ina buka buku merah kat klinik area kampung ina dan chekcup untuk monthly dekat ofis. Terpaksa la bekorban sebab ina xnk selalu cuti. Nanti habis cuti susah pulak nak jalan2 dengan hubby.

Selain dari checkup dan jaga pemakanan, ina pun dah beli set kehamilan shaklee untuk yang trim 1. Sebagai vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung. Tahu kan, baby perlukan zat dan kalsium dari ibu?? Setakat kita minum susu dua gelas sehari tu, belum tentu cukup untuk anak dan diri sendiri. 

Kita jangan fikir, semua yang kita makan tu just only for baby. Salah sama sekali taw. Ibu yang mengandung tu juga perlukan zat dan kalsium yang cukup untuk menjalankan aktiviti harian.


Ina pun pengedar sah shaklee area Pasir Puteh, Kelantan jadi xder masalah la kalau setakat nak gi beli kat stokis. Stokis pula kat kota bharu dekat dengan rumah sewa ina. Alhamdulillah semua dipermudahkan allah ta'ala... 

Apa yang ina harapkan, baby sihat dan ina juga kuat untuk bawa baby sampai la selamat bersalin. Ina hanya mampu berdoa dan selalu amalkan ayat2 al-quran. Tiga bulan mengandung ni, ina dah habiskan semua ayat amalan untuk ibu mengandung. Tu pun after maghrib nak tunggu isyak.. 

Sebelum tidur dan bangun tidur, ina amalkan kejutkan baby dulu dan baca al-fatihah sambil usap perut. Selesai al-fatihah ina baca 3 kali surah al-ikhlas. Elok juga diamalkan setiap hari sebab sambil buat kerja pun boleh baca kan.. hehhee

Paling excited, ina xsabar nk gi scan baby ina. hurmmm dah nak masuk 4 bulan boleh la scan. Mama ina xgalakkan scan awal2 sebab takut la bagi effects kat baby. Walaupun ina ada baca yang scan baby ni xder pape..UP TO YOU la..Ina just ikut apa yang mama dan ipar duai ina cakap je. Sebab risikonya ina yang tanggung. So, ina xnk menyesal kemudian hari. Jadi pantang2 apa yang orang tua cakap tu, jangan "masuk telinga kanan, pas tu naik motor keluar telinga kiri pulak" hahahah.

walaupun muka pucat, dan kesihatan yang kurang hubby still sudi ajak keluar sebab mulut ni terliur sangat nak berpizza. alhamdulillah dapat juga dating walaupun setengah hari je... huhuhuu (rasa nk nangis, so fullstop)

~wasalam~ 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)