18/08/14

Kesihatan Ketika Hamil : Sakit Tulang Punggung Sewaktu Hamil


bismillah

Selamat pagi semua.. Selamat pagi juga utk baby ina. Sekarang ni ina selalu sangat sakit di bahagian pinggang dan punggung. Duduk sekejap je pun, dah rasa nak menjerit bila nak bangun. Itu baru duduk, belum tidur lagi. Kalu dah tertidur gaya kuak lentak, memang xboleh nak tidur mengiring dah lepas tu. Kena mintak tolong sesiapa yang boleh tarikkan tangan ina dan betulkan kedudukan ina. 

Sebelum ni ina risau juga kenapa la selalu sangat sakit pinggang. Sampai bawa kereta pun terasa sakit sangat. Tapi kalau time bawak kereta tu rasa sakit sangat2 ina akan berhenti tepi jalan dan betul kan pinggang dulu. Tak tahan o....Orang yang dah jadi ibu mesti tahu kan macam mana sakitnya. hurmmmm sakit.... Padahal baru 3 bulan. Kalau dah masuk 7 bulan, baby lagi besar, macam mana la gaya ina tidur nanti hahahaha... :)

Jom kita survey serba sedikit info tentang Sakit Tulang Punggung Sewaktu Hamil (http://www.drypers.com.my/) :

Sakit belakang 
Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang. Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam.

Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen

Sakit pada bahagian pinggul 
Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga.

Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.

Cubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan : 

• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu. 
• Sentiasalah tukar posisi anda. 
• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan. 
• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting. 
• Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit. 
• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.

Bagaimana jika kesakitan berlanjutan sehingga selepas kelahiran?
Dalam kebanyakan kes, kesakitan tersebut akan berkurangan selepas kelahiran, namun ianya masih boleh berlanjutan dalam sesetengah kes dan hal ini memerlukan rawatan selepas bersalin.


9weeks pregnant

~wasalam~

12 ulasan :

  1. kena bnyk minum susu atau ambil kalsium...
    biasalah preggy ni mcm2 sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ akak... ina pun dah mula ambil supplements vitamins shaklee... harap dapat la menampung sel2 badan yang selalu lemah dan xbermaya. :)

      Padam
  2. fadh yg awal lg ni pown kadang trase ngilu dgn tulang punggung..pelik jgk, awal lg ni..perot pown xde lg..tp sakit dah mcm2 rase..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kak fadh dah 3 weeks kan... ina dulu masa 3 weeks dh rasa kak. akak jgn makan yang bukan2 taw. event soya pun jangan amal lagi. bila baby dah 6 month baru amalkan minum soya dan air kelapa.. awal2 ni banyak kan makan makanan yang berkhasiat je. :)

      Padam
  3. Oo, awal-awal pun dah sakit, kan?
    Sha baru 9 minggu, baru sakit tulang punggung. Ingatkan baring terlalu lama. Tapi sebab mengandung.

    BalasPadam
  4. Sakit tulang punggung ni blh berlaku seawal kehamilan trimester pertama. Sy br 4mggu pun dh rs dh. Huhu

    BalasPadam
  5. Sakit tulang punggung ni blh berlaku seawal kehamilan trimester pertama. Sy br 4mggu pun dh rs dh. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sis.. awal trimester pun dah rasa...story kat atas tu sebelum ina gugur... then, bila pregnant semula 2015, memang betul, awal preggy lagi dah rasa.. sebab tu la bila tahu pregnant terus elak buat kerja berat... tambah pula bak tidur malam agak tidak selesa...

      Padam
  6. Sama sakit juga tulang punggung,baru 2 bulan ja kandungan,huuu mcm2 sakit org hamil ni kan,ni first baby saya

    BalasPadam
  7. sdg mengalaminya skrg.huhu kndungan 33w.. amat sakit.nk jln pun susah.nk try cara ltk pek ais tu..arap2 hilang sblm bersalin.aamiin

    BalasPadam
  8. Saya baru 4w.xleh nk tido tetiba hari nie dia tangkap pinggang.lps tu p ke punggung smpai betis...tgh tdo bleh trsdr..mgkin sbb ank ke-2.ank first xigt.rs xde kena awl sgt...

    BalasPadam
  9. Risau jgk kalau ada masalah lain mengandung sblm ni x rasa sakit pun.. Ni baru masuk 7 mggu dah rasa sakit dr pinggul sampai kaki.. Mmg lengguh semcm je

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)