14/09/14

Baby Blues Syndrome Keguguran


Bismillah

Hari yang KE-22 ina berpantang. Nifas pun masih ada lagi..hurmmm dah la minggu ni hubby balik. HAAA... fikir apa tu??? hahahaha of cos la isteri ada tanggungjawab dengan suami kan. Dah nama pun pasangan suami isteri. Alhamdulillah ina pun rasa semakin sihat, walaupun bledding tu masih ada tapi xbanyak mana pun just tompok2, kadang xada. 

AL-kisahnya semalam ina dah mandi wajib sebab dua hari ina perasan dah xada darah. Solat zohor bagai dah semalam, alik2 petang tu keluar lagi.. haiya!!!!!! ingat sudah habis ma!!!. Xpe la, mungkin kat dalam tu masih ada sisa2 kecil lagi kot. Syukur ke hadrat ilahi kerana allah bagi ina dan suami kekuatan untuk hadapi musibah ni. Sedih tu mesti la ada tu pasal ina nak story pasal entry kat atas tu Baby Blues Syndrome Keguguran.


Apa kebenda tu Baby Blues Syndrome Keguguran ??
Suami banyak buat reserch pasal keguguran sebab ina terlampau sedih dengan ujian ni. So, dia la yg bagi tahu ina pasal syndrome ni. Mula2 dengar eh macam pelik je kan {nampak sangat la xpernah dengar}. Ina pun apa lagi, try la cari juga apa maksud suami ina tu. Hurrmmm baru ina faham rupa-rupanya ia adalah salah satu tahap ketidakstabilan ibu yang baru lepas bersalin ataw keguguran. Ina malas nak taip panjang2 tapi kalau ada yang nak dapatkan maklumat boleh la tengok kat SINI.

Ina rasa, ina masih belum ketahap syndrome di atas lagi sebab ina masih lagi boleh menerima hakikat yang allah bagi kat ina. Walaupun diuji ujian yang berat, kami kene redha sebab ada hikmah disebaliknya kan. Hurmmm cakap pasal keguguran, mungkin allah nak bagi kami persiapkan diri dulu kot. Masa ina disahkan mengandung tu, ina masih lagi mood honeymoon xhabis sampai sekarang.. hahaha. Ina pula "bunting pelamin" time tu, jadi enjoy terlebih sampai xjaga badan sendiri. Ina yakin dengan ketentuan allah, seandainya diizin olehNYA ina harap diberi peluang untuk hamil lagi i'allah.

Sapa xnak anak oi!!!!!... tapi itu semua rezeki. Jodoh, rezeki, ajal dan maut semua allah yang punya. Apa yang kita ada hanyalah tuhan yang satu. Apa yang ada disekeliling kita bukanlah kekal even mak ayah, suami dan keluarga. Subhanallah berikanlah kekuatan iman dalam diri kita semua.


TQ sudi baca entry ina ni...horrey!!!!

~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)