29/09/14

Finish At All " Mudahnya Menjemput Rezeki"


Bismillah

Salam alaik, Morning dan selamat pagi. Alhamdulillah hari ni rasa lebih confident, lebih tenang dengan izin allah ta'ala. Minggu lepas, ina cuti hari khamis kerana diberi cuti peristiwa oleh kerajaan Negeri untuk diberi laluan pada pengundi untuk mengundi bagi N01 Pengkalan Kubor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hendaknya. Yang menang, banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Insya'allah..

Hari rabu minggu lepas juga, ina jalan2 kat kedai buku depan ofis ina "Kedai buku Muda Osman". Hajatnya, nak cari alat tulis untuk kerja, sambil2 cuci mata bahagian novel2 terbaru. Hurmmm... "kalau beli novel,sah2 xlayan suami kat sebelah nanti"huwaaa.... Ina kalau baca novel, tak tahu la kenapa jadi lupa untuk semua. Lupa untuk makan, mandi tapi solat insya'allah wajib tu!!!!!!... Pernah satu hari, ina baca 5 novel dalam seminggu je. Sampai kene bebel dekat mama. hahahahaha... (itu sebelum kahwin ok!!!!)

Untuk tidak terjadi lagi kelalaian tersebut, ina dah stop beli novel selepas ina rancang untuk berkahwin. Tapi pinjam2 dekat rumah sewa tu ada la untuk hilang boring Nak beli tu, hurmmm masa tu kan kene berjimat dah satu, tapi more to xnak beli bukan apa, takut nanti terbawa2 selepas kahwin kelalaian membaca novel tersebut. Cian suami kat sebelah. Tapi ada juga yang boleh bagi kan masa anatara suami dan novel.. ina respect la sebab ina xsekuat tu bila syaitan goda ina... masha'allah.

Berbalik kepada entry, " Mudahnya Menjemput Rezeki". Pernah dengar x?? kat mana?? apa pendapat anda?? cewaahhh dah jadi macam moderator pulok!!. " Mudahnya Menjemput Rezeki" adalah sebuah buku yang dikongsikan oleh penulis tentang kisah hidupnya bagaimana cara untuk kita menjemput  rezeki yg sememangnya dah tersedia untuk kita. Ina beli buku ni mula2 untuk sebagai bacaan diwaktu lapang. Tapi, seriously langsung xrugi kalau beli buku fiksyen macam ni. Banyak ilmu dan boleh kukuhkan lagi iman kita. insya'allah..

" Mudahnya Menjemput Rezeki" berkisarkan tentang bagaimana kita perlu dan harus menjemput rezeki tu. Ada part2 tertentu ina sebak dan menangis. Sebab ia adalah kisah benar penulis dan bukan rekaan. masha'allah... Bila baca, terus terdetik "eh aku macam ni", "eh sama la dengan aku" tetiba menolog sendiri tu akan ada. Paling sebak bila baca part "sedekah". Ya'allah banyak yang dikongsikan penulis, pernah berlaku pada diri sendiri. Tapi, kita xsedar tu rupa2nya adalah pentunjuk allah. Nak tahu?? ahhh.. kene baca, baru faham. ok!!!

Masa zaman student2 dulu, boleh dikatakan nak khtam Civil Engineering, Cadaster, GPS  dan seangkatan dengannya memang nauzubillah, payah!!!! tapi kalau buku novel, 5 biji boleh habiskan seminggu. Tengok, betapa kerdilnya diri kita kan. Yang wajib (buku ilmiah untuk pembelajaran) dibelakangkan dan yang sunat (novel cinta, korean movie paling xleh lupa dulu running man) didahulukan. Itulah konsep manusia sekarang. "Moga2 kita jauh dari persimpangan itu". Semoga allah jaga hati kita. Manusia diberi peluang untuk berubah, bagaimana ?? istiqomahkan perkara yang baik.. amal makruf, nahi mungkar. insya'allah....

Ok, dah jauh dari entry sebenarnya tu, xpe2 kira selingan ok... hahahaha. Kalau sapa2 dah ada buku ni, mesti tahu sapa pengarangnya kan?? hurmmm betul, Ustaz Fathuri Salehuddin. Dia merupakan penulis buku " Mudahnya Menjemput Rezeki" serta penceramah yang sedang meningkat naik sekarang. Jangan terkejut taw (perasan jap hokkey), sebenarnya Ustaz Fathuri ni satu kampung dengan ina. Kampung Gaal Pasir Puteh Kelantan. Tapi, kami tinggal di kawasan kampung yang berlainan, berkongsi daerah yang sama, insya'allah. 

Manusia yang rugi, adalah manusia yang malas menimba ilmu sedangkan mereka tahu ilmu itulah penyelamat mereka di sana kelak. Ilmu apa yang dimaksudkan?? AGAMA. Selain dari tu juga, buku ni boleh bagi perangsang kalau2 ada yang mencari2 hala tuju mereka. Macam ina, dah lama sebenarnya nak berbisnes tapi, kekuatan tak ada. Bila habis je baca buku ni, terus call suami cakap " abg, ayg rasa nak buat la bisnes yang kita bincang hari tu". Suami kelu jap, mungkin dia fikir bini dia mengingau kali.. hahahah

Alhamdulillah, berkat redha suami dan sokongan keluarga insya'allah ina akan mulakan dari bawah. Tunggu taw!!!!!!.. Ina tak kan lupa nak hupdate kat belog kesayangan ina neh!!!!.. huwaaa.. tungu ok!!!

Akhir sekali, kepada hamba allah, sahabat yang bac entry ni yang tercari dan buntu fikirkan masalah, ina syorkan akhi dan ukhti cari la buku ni sebagai merubah kehidupan yang lebih baik mengikut syariat islam. Mungkin, dengan bantuan buku ni anda akan tahu setakat mana kehidupan kita semua. Dari RM10, boleh menjadi RM 500... superb sangat kan. How to be like that?? you have to buy and finish your reading Insya'allah.. semoga allah redha. 

Tq sudi baca entry ina yang panjang ni.. hope membantu...

~wasalam~

2 ulasan :

  1. Dah lama nak cari buku ni tapi sampai sekarang tak dapat2 lg..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak.. memang susah nk jumpa... ni pun masa ina beli ada 3 buah je lagi.. hurmmm memang laku nie... hehehe.

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)