22/09/14

Just Weekend 1 # Friday


Bismillah

Kenapa titlenya JUST WEEKEND?? meh nak kabor sini. Kami suami isteri ni kan PJJ (percintaan jarak jauh) , so only weekend la we can meet each other. Tu pun dua minggu sekali taw. Sesangat sedih tapi ni semua kami tempuhi dengan tenang dan alhamdulillah dah 4 bulan berlalu. Hurmmm actually nak cerita apa yang kami buat last weekend sebab banyak kami rancangkan tapi dua benda je yang menjadi atas kekangan waktu. Biasalah, dua hari bukan seminggu dok?? kalau seminggu, rasanya sampai kat Cameron Highland kot kami jalan2.hahahahha

Hari jumaat kami keluar rumah around 3pm gitu la... Mula2 singgah umah kawan office sebab ada kenduri kahwin. Ina dan suami tak makan pun, just minum je. Disebabkan kami ada banyak plan haritu, kami tak lama pun kat rumah dia lepas minum suami salam kaut dengan abang dia and terus gerak ke destinasi yang dah lama nak tuju. hahaha... Zommm!!!!!!!!

Sampai la kami di Butik Zawara dekat Kota Bharu. Ina dah lama idam nak datang sini sebab dress dia cantik sangat2 taw. Asyik tengok dalam FB & Insta je geram taw!!!!. Sampai sana, ina gurau2 dengan suami cakap nak semua collection dress dia. Tahu suami ina cakap ap??? "ala sayang, daripada amek semua collection apa kata abang belikan kedai terus,nak x"??..amek ko sedebik kat muka.. ahahhaha. Kene perli dengan suami itu adalah makanan ina sebab perangai ina yang tak tahu la bila nak matangnya... Zawara Collection : Adorable

Sebelum gugur lagi taw ina nak datang sini sebab before gugur tu, ada Merdeka Sale. Dah namanya pun sale, mestila harganya murah dari biasa kan. Allah maha merancang, ina xsempat nak pergi pun sebab gugur before merdeka. Tapi,allah bagi ina peluang sekali lagi sebab suami balik dan ajak ina ke zawara. Katanya nak belanja la sebab haritu xjadi kan nk beli so, ina dah over excited la nk pergi butik tu. Dah sampai sana, mata terbeliak je tgok dress yang cantik2. Suami suruh pilih yang mana berkenan tapi semuanya tak ada saiz ina. Agak upset juga sebab kami datang dari jauh bawa kereta 45 minit tu!!!!!!! tapi rezeki ina tak ada pulak. Akak cashier suruh tinggal no fon if ada stock dia kan call. 

Ohhh... Menggodanya :(

Hampa rasanya sebab dah dua kali tak ada rezeki ina. Disebabkan tak tahu mana nak pergi, magrib hampir tiba kami decide nak lepak kat KB Mall je. Kat sana, kami just jalan2 cuci mata and kebetulan masa tu ada persembahan dikir barat. Paling gempak, ina jumpa!!!!!... guest what?? hahahahha seumur hidup, ina xpernah jumpa dia lagi. But, suami dah dua kali tengok face to face. Gerangan yang dimaksudkan ialah Ustaz Azhar Idrus... Dalam hati masa tu, kalau la aku lelaki, dah lama aku salam. Tapi ina tengok time tu semua orang cam jakun sebab terlampau terkejut "eh ustaz la".. hahaha (macam tu juga la ina).

ha... ini namanya jalan2 cari makan...we all makan kebab sambil dengar orang berdikir barat di bawah sana.

Selesai solat magrib, suami ajk makan. Masa tu blurr tak tahu nak bawa suami makan kat mana. Macam lost remember, last2 suami ajak makan ikan bakar. Alahai, kat melaka ikan bakar, kat kelantan pun ikan bakar, hurmmm ikut je la....

Malam tu suami amek ikan siakap masak berempah, sotong celup tepung, sup daging dan udang berempah. Sapa yang suka makan ikan bakar macam suami ina, boleh la try kat Restoran Selera Ikan Bakar KST. Sedap!!!!

Around 11pm, kami bertolak balik ke rumah...Perut kenyang, mata pulak mengantok je masa bawa kereta. Alhamdulillah selamat sampai..

continue...!!!!!!!

~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)