11/09/14

Meja Solek


Bismillah

Dah makan?? ina lunch belum lagi. Xpe la hari ni kan halfday kat kelantan sebab esok dah cuti. Ina nak story pasal meja solek ina yang dibeli masa nak kahwin dulu. Masa tu just tengok in catalog lepas tu setuju sebab kat situ je ada katil yang fiber. Ina xsuka katil besi or kayu yang tinggi2 sampai nak naik kene panjat.. hahahhaa.Masa ina beli, ina rasa tu la last choice ina sebab murah satu, lepas tu nak bujet for wedding lagi kan. Jadi decide for last one. Alik2 sampai umah katil dengan almari dah puas hati, tapi meja solek so, kecik!!!!.. Nak buat apa meja solek besar2 kan?? 

Dah namanya pompuan kak, banyak la benda nak letak walaupun ina ni bukan la yang jenis UP TO DATE sampai nak gi pasar pun makeup..hehehe. Tapi ina rasa memang kene besar meja solek ni. Tapi benda dah sampai umah, guna je la kan.

Sekarang tengah berfikir untuk tambah rak bertingkat atawpun beli bekas case untuk letak barang2 keperluan tu. Minggu depan hubby balik nak try bincang macam mana. Any suggestion boleh la kongsikan. Ina pun nak tahu kan macam mana susun atur meja solek awak2 semua. Boleh jadi inspirasi ke kan...:)

Survey ina hari ini di Mr google:


Macam akak ni, dia gunakan bakul untuk letak barang2 dia. Bagus juga idea ni kan. Tapi ina nak lebih orang kata macam feminin, cantik dan kemas. Xsemua ina letak kat meja solek sebab yang macam barang keperibadian tu ina letak dalam almari je pun. Meja solek kecik, xleh nak ejas dah macam mana gayanya.. hahaha

Sapa rasa meja solek dia macam ni angkat tangan please!!!!!!!

Hahahaha memang sallute la kalau ada yang macam ni. Ina wanita biasa je, xder la smpai barang makeup macam tu sekali. Hope sampai bila2 pun akan kekal seperti sekarang je. Just a simple girl and simple wife.


Ni la meja solek ina. Kecik dan sangat2 la sedih bila tengok meja solek ni..huuu. Bila hubby balik kampung, mesti penuh meja ni taw. Barang dia pun banyak juga. Tapi alhamdulillah la, sebab hubby bukan tinggal sekali lagi kan.

Tu je la ina nak cerita. Selamat bercuti esok dan lusa kepada negeri2 yang tertentu je. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jumpa lagi di entry yang lain minggu hadapan.. (xthu dah nk share ap). hahahahh

Babyboom ina ni sampai meleleh air liur sebab fanatik sangat dengan camera...hahahah.Suka la tu orang amek gambar dia kan. Cuti sekolah nanti kita jumpa ye amsyar...

~wasalam~

6 ulasan :

  1. saya pun nanti beli meja banyak2 laci untuk meja solek. Hihihi tak boleh nk beli set katil sekali almari and meja solek lg sebab rumah sewa kecik. Bln2 dpn baru nk masuk rumah tu so baru nk letak barang2 make up. Almari berlaci beli di Ikea jek :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hurmm.. ina pun dah survey rak yg laci2 tu.. tapi almari cekiot pun dah mahal kak hannis.. hehehhe

      Padam
  2. Assalamualaikum, huda blogwalking dekat blog ni kejap ye.
    By the way terima kasih sebab share link blog awak dengan huda dalam status yang huda post dekat kelab blogger ben ashaari.
    Jom singgah ke blog mereka yang lain juga =D
    http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/08/blog-walking-di-blog-mereka.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq huda sudi singgah di sini.. nanti ina jalan2 blog huda dan follow sekali ye.. :)

      Padam
  3. as salam tuan tanah.. tahniah anda ada blog yg banyak info

    jemput blogworking ye..

    www.yatiadam.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq kak yatiadam :) info biasa2 je kak..

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)