30/09/14

Patutkah Aku Menjadi Suri Rumah


Bismillah

Suka tengok couple (yg dah kahwin la) yang selalu boleh spent time together. Macam best je kan dapat jalan sama2, makan sama2. Terfikir, ina pun seorang isteri dan punyai suami. Tapi, untuk melakukan aktiviti bersama sangat terhad sebab kami dapat jumpa each other dua minggu sekali je. Tambahan pula, jadual kerja masing2 jauh berbeza macam "loghat kelantan" dengan "loghat melaka"..hahaha tetiba pulak. Itu la hakikatnya kehidupan kami since menjadi wife kepada hubby 4 bulan yang lalu.

Hurmmm.. waktu jumpa pun sangat singkat, kadang2 hubby balik dua hari je. Tu pun, perjalanan dari melaka ke kelantan memakan masa 12 jam dengan bas. Ina pula, turn balik sana kena apply cuti. Tak kan nak balik sehari macam hubby. Dia xpe la, kerja sendiri.. Ina ni, "kuali" taw..sob..sob..(bersyukur dengan rezeki allah walaupun "kuali").

Selepas kejadian sedih menimpa kami, "keguguran" suami ada juga ajak tinggal bersama. Tengok cara gaya memujuk tu, macam xpaksa tapi terdesak. Kiranya macam memberi harapan ina akan bagi jawapan yang positive. Ina just mampu bagi alasan insya'allah. Dalam kepala "dah mai serabut dah"!!!..

Sebelum kahwin, masing2 redha dengan ujian jarak yang akan kami tempuhi ni. Tapi, jujur ina cakap wanita mana yang mampu tahan bila call suami tanya pasal makan, minum, pakaian dah basuh belum. Sedangkan itu kerja kita untuk manage kehidupan suami. Betul!!!!!! suami boleh berdikari, tapi ina xpernah tengok parents ina mcam tu.. so, rasa serba salah kuat dalam hati ina... 


Perlukah ina berhenti??

Fikirkan ekonomi yang semakin maju, semua benda perlukan duit, semua benda kena beli so, bertambah berat hati nak tinggalkan kerja yang ina ada sekarang walaupun contract actually. Tapi, still dapat gaji dan mampu pakai kereta untuk ulang alik kerja. Walaupun gaji biasa2 je, ina rasa bangga sebab bila ina nak sesuatu, ina boleh beli dengan hasil titik peluh sendiri.

Dilema!!!

Suami suruh berhenti and start a bisness kecil-kecilan. Yes!!!!! memang ina suka berniaga, tapi ina kurang yakin. Suami sanggup bagi modal if ina setuju nak berhenti dan menetap kat melaka. Aduhai!!!!!!! pening nak fikir. Mama pula, tak bagi berhenti sebab ina nak dapat apa yang ada sekarang ina lalui dari bawah. Dapat kerja "gomen" pun, melalui frasa yang agak kritikal. Lebih2 lagi ina langsung tidak punyai orang yang boleh tolong ina masa itu. Kalau orang lain, "kabel telefon la", "cabel cars la"(if u know what i mean) dan macam2 lagi kabel yg ada. Ina hanya bergantung pada kabel yang satu iaitu "rezeki allah" ( mesti ada yg cakap poyo je la kan) suka hati awak la. Allah lebih tahu perjalanan hidup ina. Tu pasal la, mama ina tak bagi berhenti. 

Syurga ina ada pada suami, dan setiap arahan suami ina perlu ikut selagi tidak bercanggah. Tapi, ina perlu fikir masa depan juga. If, something happens to my husband's business, macam mana kami nanti?? sekurang-kurangnya, ina ada kerja sendiri dan boleh cover suami kan?? (merayu need ur opinion).

Conclusion??

Need more time to thinking this matter. Semoga allah bagi kami berdua hidayah dan petunjuk yang lurus untuk menyelesaikan masalah ini.. sob..sob

More info, clicks Here

~wasalam~

5 ulasan :

  1. Kalau kita pun mesti dalam dilema...hm well berniaga mmg ada pasang surutnya..
    Ape2 pun keputusan Ina kita doakan yg terbaik..:)

    BalasPadam
  2. suami dkt melaka ye ina..maih la dok sini..fadh pown menetap di melaka ni..kalo ina percaya pada rezei Allah, in syaAllah pasti ade rezeki di bumi bersejarah ni..try apply keje dkt melaka..nk apply kt utem pown bole..tmpt keje fadh ;) hehe..xpown duduk dulu melaka tgok2 kawasan, mgkin xla jadi suri rumah sepenuh masa tp tuk sementara dpt keje yg tetap...mane tau rezeki ina kt sini dpt keje gomen, tetap plak kan..tu sume urusan Allah. s.w.t sbb niat ina baik nk duduk dkt dgn suami..

    BalasPadam
  3. Sama dilema macam ina jugak..pyh bila pjj ni..bila ade time kita nak hubby kat sisi kita..tp dia takde..huhu..tp tu la..bila pikir pasal kerja tu..lemah semangat..

    BalasPadam
  4. kesiannye kena berjauhan dgn suami. try la apply kat mlk insyallah ada..

    Meh singgah:Sambal Ketuk & Acar Buah Homemade

    BalasPadam
  5. TQ semua yang sudi bagi cadangan dan dorongan. Hope ina akan temui jalan penyelesaian. @cik fadh kalau ada jawatan kosong kt utem nanti bagi tahu la ina.. ina nak sgt ikut suami..

    already visited your blog kak fadhdeela :)

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)