18/09/14

Selamat Jalan Sahabat


Bismillah

Alhamdulillah baru selesai jamuan perpisahan untuk staff kitorang. Member dapat KASTAM kot!!!! Ina?? masih menanti kerja tetap.. sedih!!!!!! Xpe la,mungkin bukan rezeki ina lagi kot sekarang. Tapi kalau ada, ina just nk dok dekat dengan suami dan lepak dengan suami kat umah 24 Hours hahahah..Apa boleh buat, rezeki tu ditangan allah, bukan ditangan manusia. So, ina xkan putus asa berdoa suatu hari nanti ina dan suami akan together-gather...bestnya...Opss!!!

Member ina tu, akan mula lapor diri hari isnin minggu depan, so majlis ni tidak dirancang dan agak tidak ramai yang ada dalam ofis. Kesian kan..it's ok, yang penting semuanya berjalan lancar. Tahniah sekali lagi buat member ina tu sebab dapat juga jawatan tetap walaupun bukan seperti kerja yang sekarang. Amat jauh sekali dengan diploma yang ada. Kerja sekarang xboleh memilih, yang ada depan mata, kene garb it quickly

"apakah lantaian yang kita sedang pijak sekarang??"
adakah tanah, batu, kayu, simen ataw kaca??"
"apa saja lantaian yg kita pijak, ingatlah kita berpijak pada bumi yang sama, dan berteduh pada langit yang sama."
"kenapa allah rahsiakan rezeki setiap hambanya??"
kerana allah nak hambanya berfikir kekuasaanya dan bersangka baik denganNYA"
"percaya padaNYA"
"dan berusaha untuk mencari rahsia kejayaan kita"

Radio IKIM (17.09.14) : mungkin ada tambahan ayat :)

Apa yang ada sekarang ina bersyukur sebab suami pun memahami walaupun kami kene PJJ, dan suami yang paling kerap balik kelantan. Tipu la kalau masalah duit tu xpernah timbul sebab husband balik kelantan dengan bas dan kadang2 keratapi. Siapa yang tahu harga tiket tu, tq so much la.. yg xthu boleh tanya  stn bas (sanggup ke) hahaha ina malas nk bagi thu. 

Kami xpernah putus asa berdoa agar kami dapat bersama kelak. Ini ujian untuk kami, "ujian hati" menguji kesetiaan pasangan. Hubby kat melaka stay dengan mak mertua ina and sister in law, so kalau dia buat perangai ina suruh je mak mertua ina tarik telinga dia.. hahahaahaha

Percayalah, setiap amalan kita, perbuatan kita, dan percakapan kita adalah rezeki kita. Kenapa, dari segala aspek itu akan membuahkan hasil. Hasilnya pula bergantung kepada qada & qadar dalam setiap ujian. Hurmmm macam mana faham x?? hahaa it'sok slow2 k..BTW, doakan ina dapat kerja tetap ok. 


TQ sudi baca entry ina yang panjang ni... lalalalala

~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)