3/11/14

Dia Yang Aku Percaya

Bismillah..

Dengan nama Allah aku maafkan dia, mereka dan orang-orang yang berada disekelilingku. Setiap malam, sebelum tidur jangan anda lupa untuk muhasabah diri dan memaafkan orang-orang sekeliling anda. Insya'allah mudah-mudahan kita akan positive keesokan harinya jika diberi oleh allah nyawa yang hanya pinjamanNYA.



"Dia yang aku percaya". Siapa?? Somebody yang aku anggap sebagai kenalan, kawan dan tempat untuk aku mengadu. Siapa lagi kalau bukan sahabat. Sahabat yang sejati, sahabat baik, sahabat dunia akhirat. Yeke sahabat itu semua baik, sejati dan hingga ke akhirat??? Tepuk dada tanya diri sendiri. Bagaimana kita dengan sahabat kita. Sebaliknya, itu la diri kita.

Pernah rasa ditikam belakang??betul...peritkan. Tipu la kalau ina cakap ina tidak pernah ditikam belakang. Adat berkawan, sudah pasti akan ada orang yang membenci kita, mencemburui kita dan sebagainya. Tapi, apakan daya, untuk menjaga silaturahim antara muslimin & muslimat ina ambil tindakan positive iaitu mendiamkan diri lebih baik. Seandaniya Allah tetapkan hubungan kami seperti itu bertahun-tahun lamanya ina redha kerana itu adalah ketentuan Allah. Paling penting, kita memaafkan orang itu dengan niat kerana Allah.

Bagaimana mencari sahabat yang sejati dan memahami. Pernah tak kita terfikir macam mana sahabat baik tu kan??. Hurmmm ina ada ramai kawan dari zaman sekolah hingga ke zaman kerja. Tapi ina akui, zaman sekolah la lebih indah dan mudah untuk kita mencari sahabat. Alhamdulillah kami dah hampir 10 tahun berkawan dan sehingga kini berkawan walaupun segelintirnya telah berkahwin. Tapi, itu tidak memutuskan tali silaturahim kami, kerana walaupun dah berkahwin kami still lagi together tapi suami ada sekali.. hahahahaha..

Masa zaman sekolah dulu, kami ber-8 ni bukannya tak pernah bergaduh. Always sampai berpuak-puak jadinya. Tapi, kami selalu menyelesaikan masalah ini. If, ada sorang yang lain macam je memang nak kena la kan... hahahha. Tambahan pula, masa tu hati remaja mudah memberontak. Kami ditakdirkan satu dorm dari Form 3-5. So, kalau nak tegur, memang direct kena kat muka. Kami tak ada la nak cakap-cakap belakang. Lebih-lebih lagi "Tikam Belakang". Sebab tu kami Friends For Ever...Alhamdulillah

Zaman Politeknik pula, ina jumpa Friends yang sangat super sporting. Overall Kelantanese tapi mix dengan Ganu sikit hehehe. Masa kat poli, member yang satu sekolah semua dah buat hal masing-masing. Tak kan la nak kejar masa depan pun nak sama kan. Dah sah cita-cita pun berbeza. kui..kui..kui...So, masa kat poli, banyak kisah suka duka, pahit merit dan kecewa. Alhamdulillah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah juga la yang memberi ina perubahan. Terima Kasih Allah kerana setiap yang engkau aturkan membawa perubahan yang besar. 

Mesti pelik kan kenapa tetiba hari ni kisah pasal sahabat pula. Tak ada peliknya awak, ina tetiba je teringat kat kawan-kawan. Betapa susahnya nak cari kawan yang sememangnya nak jadi kawan kita. Maksudnya kawan yang  setia, keep all secret, not back-stabbing, and jujur. Alhamdulillah, ina sayang kan persahabatan ina dari dulu sampai sekarang even ina dah berkahwin. Sebab, tanpa sahabat siapalah kita hari ini kan. Bantuan sahabt sewaktu belajar dulu, time kena backup dengan cikgu bagai fuhhh sahabat la yang banyak tolong itu dan ini. Sampai kenduri kahwin pun sahabat la yang banyak bagi support dan tolong apa yang patut. 

Tidak terucap dek kata-kata tapi apa yang ina harapkan agar persahabatan kami sentiasa dalam redha Allah dan mereka sentiasa diberi hidayah serta ditetapkan iman..Insya'allah.


"Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa"
~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)