2/11/14

Throwback : Segalanya After 5 Months


Bismillah..

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah, 31.10.14 telah pun berlalu. Jadi, genaplah usia perkahwinan kami 5 bulan. Segala suka duka, perit maung dalam rumah tangga dapat dirasai. Semua kami tempuhi dengan tenang dan matang. Alhamdulillah juga, sebab kami berada disisi orang2 kuat iaitu MAMA, ABAH, ADIK BERADIK dan semua yang tidak pernah putus-putus mendoakan kami berdua. Terima kasih dan hanya allah yang dapat membalasnya. Insya'allah..

Sepanjang perkahwinan, kami banyak mengenali hati budi masing-masing. Percintaan tu kami semai selepas kami halal. Masa perkenalan dulu, kami tak bercinta pun. Semuanya berjalan dengan pantas sehingga la hari kami diijabkabulkan. Semua yang diatur ALLAH.s.wt. sangat sempurna hingga tidak terucap oleh kata-kata hanya syukur pada yang esa kami panjatkan. Segala tomahan, nasihat baik & buruk sebelum kami disatukan kami jadikan sebagai pengajaran dan insya'llah akan kami perbaiki segala kelemahan. Kami harap, jangan putuskan doa semua buat  kami berdua. Doakan agar kami dikurniakan zuriat yang soleh & solehah ye :)

Genap jugalah anak Umi & Baba mengadap ilahi. Semoga anak Umi & Baba menjadi kekuatan kami untuk bertemu yang esa. Umi bersyukur sayang kerana diberi kekuatan yang sangat kuat walaupun dugaan dari ALLAH sangat dasyat. Umi juga percaya yang Umi & Baba dah ada wakil disana Insya'allah.

Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke dalam surga dengan bersama ari-arinya apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut) ( HR Ibnu Majah; dishahihkan oleh Albani)


ThrowBack

Saat Kami Disatukan




Nak pegang tangan pun dah tak malu bila halal kan... kui..kui..kuii gatai jap. Tapi tu la hakikat sebenar. Macam ina, rasa bersyukur sebab ALLAH tetapkan jodoh ina pada usia baru mencecah 23 tahun dan suami pula bersyukur dapat isteri muda disaat umur dia masuk 35 tahun. Bini usia muda xpe kan, jangan "bini muda" dah la.... hahahahah







Masakan pertama masa balik cuti DEEPAVALI & 1 MUHARRAM. Alhamdulillah first time masak dirumah mertua. Walaupun tak cekap, tapi masak juga la "Udang Masak Kari" resepi mama ina. Ina kan baru pandai masak,(pengakuan berani mati hokkey!!) so, nampak pekat sikit kuah dia. Mama ina cakap tak balance santan & air. Tapi tak pe, next time kita baiki lagi ok.




Jalan-jalan dengan suami kat Pantai Klebang. Masa ni matahari terpacak kat atas kepala. Nauzubillah panasnya. Tapi apakan daya, suami ikut je la permintaan isteri dia. First time sampai sini ok tu pun selepas kahwin 5 bulan...:)





Habiskan masa dengan suami sebelum balik kelantan. Singgah jap kat Cocunut Shake yang femes emes kat Klebang tu. Memang meletops la kedai tu sebab ramai betul orang. Sapa-sapa yang nak try, boleh la singgah kat Klebang pekena Cocunut Shake dulu!!!!


4 hari 3 malam di rumah mertua. ALhamdulillah dapat juga merasa tiggal rumah mertua lama sikit. Kalau tak ada cuti panjang, atau cuti berantai memang susah la ina nak balik sebab perjalanan pun dah memakan masa 12 jam. Insya'allah doakan ina dapat kerja di Melaka ye. Ina harap sangat dapat tinggal dengan suami dan menjalakan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami. Jannatul firdaus yang aku kejarkan.. amin~





~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)