5/11/14

Kau Ni Line Apa??

Bismillah

Tetiba je kan entry pasal line. Line wify,line celcom, maxis dan sebagainya. Tapi, itu bukan motif entry hari ini. Motifnya menjurus kepada "bila orang cakap something, dia pending" lepas tu, kadang-kadang "orang cakap lain, dia cakap lain" pernah terjadi tak sebelum ni??

Yes... i admit. Ina pun ada kadang-kadang sebab bukan setiap masa telinga terpasang je kan. Sometimes, khusyuk sangat dengan sesuatu perkara sampai orang sebelah cakap pun tak dengar. Lepas tu Bluuurrrr... :)

Masih ingat entry ina semalam??. Ina ada cerita pasal schoolmate ina yang ber-8 tu kan. Ok, kiranya macam bersambung la nie. Kalau yang tak baca lagi boleh tengok sini ye. Dalam geng kitaorang, ada dua orang ni selalu je kene usik disebabkan always pending when we all talking something like lawak. Lepas tu dok tanya kenapa..kenapa...kenapa.. Hahahahaha gelak sorang la bila ingat. Bila kami dah tahu yang dua orang tu jenis pending, ada je yang akan kenakan dia balik create cerita kot lain nak suruh tambah-tambah pendingnya. Jahatkan?? Tapi tu sekadar gurauan. Langsung tak ada niat nak kenakan kawan-kawan. 

Bila kami cerita true story, satu persatu nak suruh dia faham alik-alik dia yang gelakkan kitaorang. Kenapa?? sebab dia baru faham dan always said "oooooo baru faham". Kami pulak yang blurrrr sebab dia baru nak gelak... Kui..kui..kui...

One day, kami ada latihan kawad kaki. Dulu we all ber-8 ni JPA3. Active Club lagi taw sampai kalau ada perkhemahan, competiton, krusus apa-apa je yang berkaitan kami akan dipanggil. Tapi sayang, selepas kami habis FORM 5, JPA 3 sekolah kami sangat down. Bukan apa, pelapis yang kami cari tak bersemangat macam we all dulu-dulu. Siap cikgu call ina lagi mintak tolong ajar kawad fresh student kat sekolah. But, ina dah pencen. Dulu tak pe la berat 55KG je. Suara pun cantik,smooth je keluar. Sekarang dah 80KG, semput je memanjang. hahahahaha

Maaf iklan tidak berbayar pulak.. huhuhuu. Berbalik kepada cerita asal. Sebelum kami nak mulakan latihan kawad, kami diminta untuk buat satu barisan dan bacakan no barisan mengikut GENAP & GANJIL. Lepas tu, kami akan berpisah mengikut kumpulan GENAP & GANJIL. Tapi, nak dijadikan cerita, kawan kami tu still lagi dengan blurr dia siap boleh tanya genap & ganjil tu macam mana. Woi.... MATEMATIK kau A, takkan la kau tak tahu beza genap & ganjil pulak. "kata sahabat kami yang sorang lagi". Aku bukan tak ingat, tiba-tiba je macam hilang ingatan "kata empunya diri". Kami semua dah terbahak-bahak gelak sebab always dia macam tu. Bukan sekali taw, tapi setiap kali kami nak start kawad. Member sorang lagi memang suka menyakat siap tanya "kau ni line apa, CELCOM ke DIGI". hahahahaha tak pasal-pasal line telefon jadi mangsa... 

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang buat kami tergelak dengan dia dua orang ni. Tapi, itu la kisahnya tajuk entry ina. Tak ada kena mengena dengan mana-mana line telefon ok. Just gurauan diwaktu sekolah sahaja. 

Bila teringat balik, hurrmmm really miss them and that moments. Kalau la masa boleh diputar kembali, ina nak sangat pergi zaman sekolah. Best kan?? but our life should be continued. Move forward and do not forget to concern as a Khalifah. Insya'allah~

~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)