Bismillah
Kita digalakkan untuk berzikir dan banyakkan buat solat sunat taubat. Tapi, hati masih tak tenang. Walaupun diberi rezeki rumah yang mewah, kereta yang besar tapi masih belum sedar apakah yang allah ingin sampaikan pada kita. Duit beribu-ribu dalam bank, tapi satu masalah pun tak selesai. Maknanya, duit bukanlah segalanya.
Ina bukan nak cerita bab agama ok. Maaf sangat-sangat sebab ina bukanlah ustazah atawpun perceramah. Tapi, tetiba je rasa hati ini perlu diluah. Tak luah, rasa sebak je dalam dada. Hurmmm.. mungkin ini la perasaan yang akan dirasa oleh wanita yang senasib seperti ina. Apa yang ina nak cerita ni berkaitan dengan bersyukur dengan setiap pemberian Allah.
Bukan ina tak pernah bersyukur, tapi bila tengok orang sekeliling macam tak faham dengan keadaan kita, ina rasa masa tu hilang semua kesyukuran tu..hehehe.Tapi, sempat beristighfar. Kalau tak, ada yang kene sembur nanti..masha'allah. Semoga allah pelihara lidah kita semua.Ameen~
Siapa yang tak nak zuriat kan. Ina lagi la nak..nak..nak.. sangat :( . Hanya orang yang memahami ina je tahu keadaan ina. Suami, keluarga dan ipar duai banyak memotivasikan ina. Alhamdulillah bila ada yang memahami. Tapi, ada juga yang tidak. Buat apa fikirkan orang lain kan??? Ina pun, tak ada la touching sangat, cuma kadang-kadang bila orang tanya tetiba je stress....hehhehee. Dah cuba elak dari fikirkan kata-kata orang pada ina, tapi seriously ina just a human. Ada perasaan!!!!!!
Dengan jarak suami yang jauh,semuanya dugaan untuk ina. Tapi, ina percaya pasti ada hikmah yang akan membawa sinar pada kami berdua. Ina pun tak nak la bebankan suami denga hal-hal remeh ni. Sebab suami pun mesti serabut bila tengok isteri dia macam meroyan je kan...hehehe. Jadi, ina selalu positifkan diri, fikir yang positif, buat perkara yang positif. Ina nak elak dari menangis..menangis... dan terus menangis.
Hampir 4 bulan berlalu zuriat yang ina kandung 9 bulan mengadap penciptanya. Ina selalu baca blog, insta dan page yang ina like pasal ibu-ibu. Ada yang dah bertahun kahwin belum dikurniakan zuriat. Ada juga yang senasib dengan ina. Ina bermonolog sendiri "rupa-rupanya, ada lagi yang diberi ujian yang berat dari apa yang ina rasa, Ina pernah rasa kebahagiaan semasa dalam rahim ina ada zuriat". Tapi, yang tidak pernah sekali pun merasainya bagaimana??? Ina tak dpaat bayangkan dengan perasaan tapi, ina berdoa agar semua wanita diberi nikmat itu. Allah maha mengetahui.
Ina lebih banyak menghabiskan masa dengan Al-Quran sebab nak hilangkan rasa sedih. Bukan itu sahaja, ina tak nak ada rasa benci pada Allah. Ina takut, kalau-kalau ina hilang semua kenikmatan itu. Biarlah allah menguji kita dengan sedikit ujian, tapi kita berdoa agar ada hikmah yang besar buat kita. Tak kisah la apa je ujiannya, kerana setiap ujian akan hadir sebuah kenikmatan. Sampai, kita tak sedar akan sebuah kenikmatan itu sebenarnya diberi atas balasan yang kita pernah diuji ketika dahulu. Pernah rasa macam tu tak??/Muhasabah~
Ina rasa, ujian ke atas ina masih lagi kecil. Kenapa?? sebab ina pernah tengok ujian ke atas individu lebih berat iaitu Atok sedara ina sendiri. Umurnya menjangkau 60. Tidak punya zuriat,tapi ada anak angkat. Setiap kali kami beraya dan setiap kali kami melawat kubur mesti atok sedara ina akan menangis. Bukan sekadar menitiskan air mata, tapi teresak-esak. Kenapa?? Bila kami bertanya kepadanya, dia hanya menjawab "kalau tok su meninggal nanti, siapa la yang akan baca yassin dan sedekahkan Al-Fatihah kat Tok Su kan. Tok Su tak ada anak. Anak angkat pun, bukan anak sendiri. Bila dah berjaya, lupa pengorbanan mak angkat yang besarkan dia". Allahu~ hanya linangan air mata yang dapat ina beri. Hati ini sangat tersentuh. "Ina tak kan lupa jasa Tok Su yang banyak tolong ina masa ina kat Kuantan dulu. Jauh dari keluarga. Tok Su la tempat ina bergantung selama 3 tahun. Tok su juga sanggup balik masa ina kahwin. Ina tak kan lupa,mendoakan Tok su"...Insya'allah~
Maaf la kalau hari ni, ina bercerita panjang sikit. Dah lama ina pendam hal ini. Sebab tu blog pun dah lama tak update. Mood hilang dengan sendiri walaupun rasa diri ini ok!!!!. Lagipun, sekarang ina ada buat biss kecil-kecilan... Saja nak hilangkan boring dan tambah kawan. Kalau free boleh la follow insta ina @theazzahrah. Insya'allah~
Alhamdulillah rasa lega bila cerita apa yang terbeku dalam hati. Moga-moga memberi senyuman pada ina dan ibu-ibu yang senasib dengan ina. Jangan ambil peduli kata orang sebab bukan diorang yang bawa kita ke syurga. Sementara allah bagi kita rehat, tunaikan ibadah sebanyak mungkin. Kalau-kalau dah ada anak, nanti jadikan alasan ada anak pula kita kurang beribadah. Nasihat untuk diri ina juga~
Wallahualam :)
Hafal dan jadikan amalan dalam setiap sujud terakhir anda apabila mengerjakan ibadah solat. Insya'allah
~wasalam~
bersyukur dengan apa yang ada itu yg terbaik :)
BalasPadamTQ inani.... :) insya'allah...^^,
Padam