26/11/14

Penangan UPSR


Bismillah


Alhamdulillah, hari ni result UPSR dah keluar. Kepada adik-adik dan ibu bapa seluruh malaysia tahniah dan tahniah ye. Walau apa pun keputusan yang kita terima, ucaplah tahniah kepada anak kita kerana mereka telah pun bertungkus lumus untuk buat yang terbaik. Mereka juga berjihad untuk beri yang terbaik untuk ibu bapa mereka. Jangan sesekali memperlekehkan usaha mereka, kerana perjuangan mereka masih belum tamat tapi, ia adalah satu titik permulaan.

Langkah mereka masih jauh. Perlukan sokongan dan dorongan dari ibu bapa. Jangan sesekali memberi harapan yang tinggi kerana kita juga kene kaji tahap anak-anak kita. Itulah satu tips dari mama ina. Hari ni, my little brother pun amek result. Kami dah aim pun, dia akan dapat berapa sebab kami tahu setakat mana kemampuan dia. Tapi, kami adik-beradik selalu bagi semangat sebab tak nak dia rasa diri dia down. 

Alhamdulillah... result yang tidak mengecewakan. Hope abah & mama bangga dengan anak lelaki bongsu dia.. Sebab mama pernah cakap kat ina, kalau adik ina tu dapat berapa sekalipun, mama ina nak hantar dia sekolah agama. Tak kisah la pondok ke, tahfiz ke, saniah atau apa-apa sekolah yang berkaitan agama. Moga-moga impian mama tercapai. 

Kami 6 oranag adik beradik dan 2 daripanya lelaki. Terlampau sedikit kaum adam kan. Jadi, mama nak anak lelaki dia jadi ustaz kot...hehehe. Ina sebagai kakak yang sulung just bagi pendapat dan dorongan je. Insya'allah~

Messsage untuk adik along " result kau lebih kurang je dengan along, angah,ayah & ecah..hahaha. Yang penting kau dah usaha. Along tak kisah pun kau dapat berapa sebab masa depan kau jauh lagi. So, kalau kau nak ubah, tanam azam kau dari sekarang. Kalau kau nak jadi ustaz, kene hafal Al-Quran. Kalau mama suruh kau mengaji, kene buat. Jangan pandang belakang, tapi teruskan usaha untuk memajukan diri kau" Please claim your reward dengan abang ipar kau.. hahahahhahhaha (hope suami ina baca permintaan yang last sekali tu!!!!!!)

~wasalam~

4 ulasan :

  1. hihi :) teringat masa darjah 6 ambil result

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. ina pun sama..tu yang happy bila adik nak gi amek result hari ni... :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)