13/08/15

Cara Aku Usaha & Ikhtiar Untuk Mengandung


Bismillah

Dengan lafaz syukur dan Alhamdulillah, akhirnya 8 bulan ina dan suami menanti saat yang bahagia bagi pasangan yang dah berkahwin. Genap 8 bulan juga, selepas keguguran ina dapat berita yang gembira ni. Teruja, terkesima, tersedih, tersuka dan semua "ter". Tak dapat ina bayangkan perasaan tersebut dengan penulisan ina, tapi apa yang ina mampu bagi tahu adalah, "jika kita berasa Allah itu dekat, pasti kita akan sentiasa ingat padanya"

Entry yang lalu ina ada kongsikan pengalaman ina keguguran dan segalanya ina abadikan dalam blog ni. Nak tahu, nak baca dan nak komen, kene rajin-rajin mencari ok.. 


Berbalik kepada entry di atas.....,
Period pertama ina selepas gugur, datang dengan sempurna dan baik walaupun sedikit perit di ari-ari. mungkin kerana dalaman ina masih belum sihat. 3 bulan kemudian, period ina dah ting tong dan swing macam kipas 360 darjah. Kejap datang, kejap tak, kadang-kadang tu cycle period 24 hari dan kadang-kadang 36 hari. Disebabkan terlalu risau, ina jumpa pakar sakit puan. Tapi doktor kata normal bagi wanita yang pernah keguguran kerana sistem dalamannya (hormone) masih lagi tidak stabil.


Disebabkan ina terlalu risau dan takut apa-apa berlaku kat dalam sana (peranakan) , ikhtiar pertama ina adalah Pati Delima Gulshan & Kacip Fatima Pytho Plus (sila Klik). Masa ni ina dah habis ikhtiar dan kepala dah habis serabut. Ina tahu, lagi fikir lagi swing period dan hormon wanita kita. Tapi, disebabkan nak zuriat sangat-sangat akhirnya ina usaha dengan produk tersebut. 

Dah habis cuba Kacip Fatimah Phyto Plus, memang perasan ada perubahan. Sakit pada ari-ari dah tak ada dan darah period pun lancar je. Cuma, hati masih tak puas hati lagi sebab masih lagi belum mengandung. Jadi, ina terperasan satu produk dalam FB yang agak ramai yang berjaya hamil dengannya. Ina beli produk tersebut walaupun harganya Nauzubillah... tanjat titew..!!!!!!!!!


Produk yang disebut-sebut itu adalah Furmon sebenarnya. Usaha,Ikhtiar Untuk Mengandung Bersama Furmon (sila Klik). Sebulan ina sapu furmon ni taw. Period ok, senggugut memang alhamdulillah tak ada langsung. Mood nak bersama suami pun macam dah ok sebab, lepas gugur macam tak ada mood (18sx disitu maafkan saya). Masa consume Furmon, Pati Delima memang still on dan habis je suami akan belikan. Tak pernah lupa untuk makan 2 kali sehari. Awal pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur.


Dalam tempoh ikhtiar nak mengandung, suami ajak ina tinggal dengan dia dan tak nak PJJ lagi. Berat keputusan nak dibuat tu. Fikirkan kerjaya yang dah elok, gaji pun ok, dan orang kata masa depan tu memang dah terbaik la. Tapi, siaplah ina nak menolak permintaan suami yang mulia yang berkehendakkan isterinya berada di samping setiap masa...cewahhh!!!!!!! (ayat bunga-bunga ni untuk abang ok...bujet la suami kita baca blog kekonon)...

Bulan 3, akhirnya officialy ina tinggal dengan suamI. Tinggalkan kerjaya dan keluarga di kelantan. Jadilah anak perantau di negeri bersejarah ini.. T_T sob..sob..sob.. Lepas tinggal bersama, banyak yang kami usaha dan ikhtiar bersama. Ina juga bersyukur kerana suami 100% bagi ina komitmen nak dapatkkan zuriat.

Nak consume Furmon dah tak mampu, pasai tak kerja so ina cari alternatif lain. Suami pula tak jemu-jemu bagi semangat dan kekuatan. Ina join group kehamilan. Bincang dengan diorang yang sama-sama senasib macam ina. Diorang kata, nak tahu waktu subur pakai OPK. Ina buat taw. Sampaikan dah naik jemu dan malas (erti kata lain give up).

Akhirnya, suami suruh ina berserah seandainya bukan rezeki ina lagi. Dalam berserah ina usaha cara lain juga. Ina dah mula minum Buah Zuriat dan Pati Delima. Buah zuriat tu ina buat air dan minum dengan suami. Mula-mula beli buah yang sebiji tu. Mak aihhhh....bukan main keras nak belah dia. Sampai patah pisau dapur suami ina...hahaahaha. Dok tanya geng-geng group kehamilan diorang cakap ada yang jual macam uncang. Beli yang uncang lagi senang tak payah belah, tak payah masak. Terus letak dalam jug dan letak air panas. 

contoh dan sample dari google
Sebelah atas tu, buah zuriat sebiji-sebiji. Yang ina kata nak belah tu sampai patah pisau. Bawah pula, dah dijadikan teh uncang. Senang nak bancuh.

OK awak ina rasa stop kat sini dulu.. Entry seterusnya akan ina kongsikan berita gembira tu sekali dengan scan baby lagi. Rasa dah panjang sangat jadi, kene hold dulu ok. In Shaa Allah akan ada next entry jika diizinkan Allah.

Wasalam..


P/S: Kepada yang nak cuba ikhtiar dengan Teh Uncang Buah Zuriat atawpun nak try pure Buah Zuriat tersebut boleh Whatsapp ina (014-5342096). Nanti ina akan bagi no fon akak yang jual. In shaa allah semoga usaha dan ikhtiar kita mendapat redha Allah.

13 ulasan :

  1. good luck Ina. jangan pernah putus asa. In Shaa ALLAH, Dia Maha Mendengar doa hamba-hambaNya yang berusaha. :)

    BalasPadam
  2. hi ina,so sbnrnye ina just consume air buah zuriat je la eh?bpe jarak waktu gugur n next pregnancy ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air zuriat + pati delima. Jarak nak pregnant semula 8 bulan. Lepas gugur, 2 bulan period swing so berubat nk suruh period stabil dulu. Saya consume furmon. Sempat la sebotol je sebab mahal sgt.. then, minum pati delima gulsan period ok.. so, teruskan je la minum. Pastu dpt tahu pasal air zuriat, tu yg cuba minum juga.. alhamdulillah

      Padam
  3. Sy da 7bulan lbeh kawin..dok pjj dgn suami.priod plak cw xregular.da buntu.kluarga mentua da tny mcm2.kwn2 y lain sudah pn brisi.doakan utk sy ye.

    BalasPadam
  4. Sy da 7bulan lbeh kawin..dok pjj dgn suami.priod plak cw xregular.da buntu.kluarga mentua da tny mcm2.kwn2 y lain sudah pn brisi.doakan utk sy ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa allah rezeki awak mesti ada.. cuma sekarang jadi rahsia Allah.. banyak mengadu pada Allah.. semuanya dariNya... kawan saya 10 tahun kahwin baru dapat zuriat... tapi jgn stress.. sebab boleh ganggu hormon kita..

      Padam
  5. Sy dah 8bln kawen blm preg lg.kecewa sgt.hari2 brhrp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih awal lagi 8 bulan kalau untuk yg tiada apa2 masalah.. macan saya pernah ada case ggur.. tu yg saya banyak berikhtiar...

      Padam
  6. Sy dah 8bln kawen blm preg lg.kecewa sgt.hari2 brhrp

    BalasPadam
  7. Sya plk dh 1thn 5bln kwen.. Tp masih blum hamil.. Stress bla pk.. Doakn sya yaa.. In shaa allah..

    BalasPadam
  8. Sahabat2 yg sdang ikhtiar hamil boleh tengok page ni

    https://www.facebook.com/agenvirgincare/

    BalasPadam
  9. Sahabat2 yg sdang ikhtiar hamil boleh tengok page ni

    https://www.facebook.com/agenvirgincare/

    BalasPadam
  10. Bagi yang berada di kawasan area Kl/selangor saya menawarkan servis urutan pantang, penutup pantang, rawatan keguguran, siaht rahim dan ikhtiar hamil
    untuk appoiment boleh terus w.sapp saya
    kak syikin 01110697986

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)