10/04/14

Kesihatan Ketika Hamil : Susu Ibu Vs Susu Ready Made (Tepung)



bismillah



tetiba rasa terdetik nak buat entry pasal menyusu baby "Susu Ibu Vs Susu Ready Made (Tepung)". kenapa?? sebab ada officemate ina ni bercerita la pasal dia bagi susu kat anak dia.. ina just dengar je because ina xder baby lagi kan. so, dengar dan buat kesimpulan.

jadi, entry ni, ina nak kogsikan kesimpulan yg ina dapat after ina dengar story dari akak officemate ina tu. sebelum tu, ina nak kongsikan dulu, klimaks cerita akak officemate ina. biar u olls baca entry ni, faham dengan apa yang ina nk cerita sebebnarnya.. hokkey.. ??

"akak officemate ina ni, ada masalah menyusu anak dia sebab susu dia tak nak keluar after baby kelauar. memang breast dia bengkak tapi bila bagi baby menyusu, mcm baby xleh hisap. so, dia terpaksa bagi baby dia susu ready made. dia syorkan kat ina, nanti after marriwd, ada baby bagi la susu yang mahal... sebab susu yang mahal boleh memberi otak baby ransangan dan baby boleh jadi bijak. itu pendapat dia.... ada yang boleh diterima dan diguna pakai... tapi bagi ina..... "



Kelebihan Susu ibu


Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.


Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)


pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu. jadi, macam mana diorg boleh ckp susu formula yg mahal boleh bagi minda anak2 lebih baik?? depends pada diri masing ok..


semasa mengandung, kita di sunatkn membaca surah amalan utk ibu mengandung supaya baby di dalam kandungan sihat, mudah bersalin, jadi anak yg cerdik dan anak yg baik kepada ibu bapanya.. selain dari itu juga, kita di sunatkan mengamalkan doa2 amalan sewaktu mengandung seperti doa untuk menambahkn susu ibu...


saya tahu, ramai juga ibu2 diluar sana yg sedih sebab xdapat nk susukan anak mereka disebabkan masalah lain. tapi, sebagai manusia, allah berikan kita kelebihan dari segi akal dan fikiran. selain daripada bertawakal kita juga perlu iringi dengan usaha. zaman dulu kala, nenek moyang kita amalkan urutan tradisional untuk memudahkan bersalin dan menambahkn susu badan. ina pernah tengok mama ina berurut. itu juga salah satu usaha kita kan. 

urutan yang boleh dilakukan sendiri jika anda rasa malu untuk jumpa bidan.
breast pump manual. kalau rasa xlarat nak urut sendiri boleh try cara ni. tekanan lebih kuat dan mudah untuk diuruskan. ina pun rasa nk try mcm ni kalau bersalin nanti...(veraaaangan hokkey).
breast pump automatic. paling mudah. tekan butang dan tunggu. tapi mak sedara ina pernah try breast pump macam ni. dia cakap xbest. why??? sebab lambat. ina xsure lambat dari segi mana tapi tu adalah salah satu feedback dari pengguna. mak sedara ina cakap best guna yg manual lagi sebab cepat dan baby nak minum pun boleh buat dengan segera.. pump2 susu dah keluar...(feed back mak sedara ina)


kalau kesemua usaha di atas dah dibuat, tapi xdapat juga jalan penyelesaian terpaksa pilih jalan terakhir iaitu bagi susu formula kepada baby kita... tapi kene ingat, ini adalah jalan terakhir. 
pilihan susu formula pula bergantung kepada kesesuaian baby kita. kalau minum susu murah then baby sakit perut, kembung perut maknanya kene bagi yg mahal la kan.. huuuuu kalau satu kotak smpai 80++.OO memang ina akan cuba sedaya upaya untuk susukan baby dengan cara penyususan ibu. bukan kedekut, tapi rasa diri ini xmampu.. :) allah lebih maha mengetahui.. tapi kita xthu kan rezeki anak... i'allah...


Faedah Penyusuan Bayi 
1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


kesimpulannya : Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang via[klik sini]



hahahahahaa.. semangatnya mulut dia... geram pulak nk cubit2...


~wasalam~

4 ulasan :

  1. tq dear... hehehehe...

    i'allah ina join k.. :)

    BalasPadam
  2. hm.. selalu doktor pon memang akan suggest bagi susu ibu dekat baby

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup... kalau boleh smpai umur 6 bulan tu mmg kene minum susu ibu... bagus untuk baby.... :)

      Padam
  3. just a new mommy blogger .... tips yang best ... mohon copy paste doa tu yer .... tq.

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)